Sejarah Sekolah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 06 May 2009 12:36

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz berasal dari Sekolah Menengah

Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada masa itu sebuah Darjah

Menengah Melayu telah dibuka di Sabak Bernam. Kesemua Darjah Menengah

Melayu itu ditempatkan di sekolah kebangsaan.

Bilangan pelajar Darjah Melayu tersebut semakin besar. Pada awal tahun

1961, kumpulan pertama pelajar sekolah ini mengambil Peperiksaan Rendah

Pelajaran. Bangunan baru sekolah menengah kebangsaan siap dibina pada Mac 1963.

Pada akhir tahun 1963 buat pertama kalinya pelajar-pelajar Tingkatan Lima sekolah

ini mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang

Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Bin Haji Taib. Pada 18 Julai 1970,

sekolah ini dengan rasminya telah dinamakan Sekolah Menengah Ungku Aziz, sempena

nama Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Canselor Universiti Malaya.

Pada 20 Julai 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah

menyambut Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Yusof

Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada tahun 1992, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah

mendapat anugerah SEKOLAH HARAPAN NEGARA Kategori sekolah menengah

luar bandar.

Pada tahun 1993, Sekolah Menenfgah Kebangsaan Ungku Aziz mendapat

tempat keempat pada peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Kebersihan dan

Keindahan Alam Sekitar Sekolah.

Pada tahun 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah

menerima Anugerah Khas Inovasi Studio Kokurikulum pada peringkat negeri dan juga

kebangsaan serta menjadi johan negeri dan Kebangsaan bagi kuiz sejarah.

Pada hari ini Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah

menjangkau usia 50 tahun dan terus menjadi sekolah harian yang terbaik dalam

daerah Sabak Bernam. Pihak sekolah akan terus berusaha sebaik mungkin untuk

melahirkan para pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam semua

bidang. Insyallah!

 

Last Updated on Tuesday, 16 February 2010 20:55
 
Copyright © 2014 SMKUA, Sabak Bernam. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

LINK

   

TAZKIRAH


Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

CHATBOX